Sunday 30 December 2012

Nak Kerja Apa?

Masuk kali ni dah 2 kali aku berhenti kerja. Sekarang tengah mencari kerja yang sesuai dengan jiwa..maksud yang lain, aku nak kerja yang aku suka buat..hahaha…ketawa pulak.. tak kerja pun nak ketawa..kenapa? Tak kerja tak boleh ketawa ke??

Alhamdullillah aku masih mampu ketawa, berlari, makan nasi walaupun RM tak seberapa. Tapi tu la..yang tak seronoknya sebab tak dapat nak beli apa yang dikehendaki macam waktu aku bekerja dulu.. Eh, janganlah cakap aku menyesal berhenti kerja. Aku berhenti bukan suka-suka..nantilah kalau aku ada mood, aku ceritakan kenapa aku berhenti..

Kesal? Perkataan kesal memang suatu pantang untuk orang macam aku ni. Aku egois? Bukan.. tapi buat apa kita nak kenang hal lama?

Pernah juga terlintas kat kepala ni, kalau bosan sangat makan gaji yang tak seberapa tu, baik meniaga aje.. Nak niaga apa? Modal macamana? Ada sesiapa yang sudi nak menyuntik modal? Dulu aku pernah berniaga, tapi ada masalah dengan perniagaan tu. Secara jujur, memanglah seronok kalau berniaga ni..duit dapat tunai setiap hari, dengan berniaga aku belajar untuk mengurus, berjimat cermat, menghargai dan mensyukuri setiap sen yang diperolehi. Bukan senang nak berniaga cik kiah oii… nak kena tahan dugaan, cabaran..tidur lewat, bangun awal (masa tu masih bekerja makan gaji, berniaga jual baju dari jam 7 malam hingga 2 pagi!!)

Pertama Kalinya..

Gambar Hiasan tidak ada kena-mengena dengan entry!



Berjaya!!
Terima kasih kepada Encik Kepol kerana membantu dalam proses pembikinan blog akulahpenganggur ni. Sebelum ni tak pernah terlintas pun nak berblog2 bagai ni.. tapi disebabkan banyak sangat masa yang terluang maka terhasillah blog ini pada hari ini.
Tujuan aku berblog : tak ada tujuan pun..macam yang disebut tadi, sebab banyak sangat masa yang terluang kerana buat masa ni aku 'menganggur'...huhuhu... jadi mungkin isi kandungan blog ni berkisar tentang hari2 aku sebagai seorang penganggur.

Kenapa 'Mencari Syurga'? 
Aku hanya insan biasa yang sering melakukan dosa. Aku cuma ingin menjadi lebih baik. Kurang berbuat dosa, berfikir dengan lebih positif dan berbuat baik dengan semua makhluk.

Hidup ini terlalu singkat. Dunia ini hanya sementara. Bagi Aku kehidupan ini harus dilalui dengan rasa gembira, bersama dengan insan-insan yang Aku sayang. 

Balasan Syurga atau Neraka adalah ketentuan Tuhanku berdasarkan apa yang aku lakukan di dunia ini.Tetapi tidak ada siapa yang ingin menghumban diri dengan rela menjadi penduduk tetap Neraka. :-)

"Menurut agama Islam, syurga atau jannah adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan." - Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Syurga.