Wednesday 9 January 2013

Memaaf dan Melupakan..



Kenapa aku berhenti kerja? Banyak sebab yang mendorong antaranya ialah kerana aku terlalu marah pada bos aku hingga menghilangkan rasa hormat.. Childish kan bunyinya? Tapi sebenarnya politik pejabat ni ada dimana-mana. Walaupun aku dah mula melupakan apa yang berlaku, tapi sejujurnya bila teringat semula, rasa marah dalam hati sukar untuk dikawal.. Jadi, aku lebih rela berhenti kerja dari menghadap muka bos aku tu.. Minta maaf? Tidak..

Sebut tentang minta maaf, pernah tak kamu dengar orang sebut ayat macam ni:
 “ I dah maafkan u, tapi I takkan lupa apa yang u dah buat pada I sampai bila-bila”
Hmm..macam biasa dengar je kan.. kesimpulan yang aku buat kalau dengar orang sebut ayat diatas ialah – orang tu sebenarnya tak maafkan pun.. sebab kalau dia dah maafkan, dia takkan sebut macam tu, tapi dia akan sebut macam ni “ I dah maafkan,sudahlah..jangan sebut lagi, jangan ulang lagi mistake yang sama. Jom kita pergi minum..”
Alolololo...kalau comel macam ni, nak marah pun tak sampai hati..

Lagi? Macamana kita nak tau orang tu benar-benar belum memaafkan?Bila dia asyik menyebut-nyebut dan mengungkit-ngungkit kesalahan lampau seperti ayat dibawah ini:
“ U tak hargai apa yang I lakukan untuk u selama ni. Dulu u teruk, tapi I tutup mata sebab I ingat u akan berubah. I memang silap pilih u ni jadi teman hidup”.

Bila kita nak minta maaf atas kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan, jangan sekali-kali berkata seperti ini:
“ I minta maaf, I tak buat lagi. Tolonglah maafkan I, I merayu pada u..I tak pernah kisah pun pasal masa lampau u walaupun I tau u banyak kali menipu I, u keluar dengan lelaki lain, u bla..bla..bla..”
Ini permohonan maaf jenis apa? Jenis taknak mengaku salah sebenarnya dan cuba membanding-banding salah dia dengan salah orang lain..Anda harus ingat, anda ingin memohon maaf jadi janganlah nak  cari pasal semula ya..

Mintalah maaf dengan hati yang benar-benar ikhlas, tunjukkan bahawa anda benar-benar berazam untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan yakinkan bahawa anda boleh jadi lebih baik dari hari semalam.

Memafkan pula bererti anda harus redha, belajar untuk melupakan walaupun hati berasa sangat sakit. Buatlah perkara-perkara yang anda sukai untuk membantu melepaskan perasaan marah seperti berhubung dengan teman-teman, bermain permainan video, mendengar lagu-lagu kegemaran, memasak, makan dan jangan lupa berdoa agar hati anda menjadi lembut dan jauh dari dendam.Peace no war!!!


 Layan dulu lagu stacy ni la..meruntun-runtun hati...


Thursday 3 January 2013

Cerita Cinta lah pulak....Dushh!!



Siapa pernah putus cinta?
Hari ni tak mahu cakap pasal kerja. Tapi nak cakap tentang cinta yang tak kesampaian..

Sedihnya…ceh.. belum ‘type’ apa-apa lagi dah sedih.. Biasanya diantara orang yang meninggalkan dengan orang yang ditinggalkan siapa lagi sedih? Hmm..mestilah orang yang kena tinggal kann.. 

Tapi rasanya orang yang meninggalkan (OYM) akan berasa lebih sedih jika apa yang diharapkan tak menjadi.. Kiranya macam yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.. pulak tu bertambah sedih lagi jika orang yang ditinggalkan (OYD) dah menemui pengganti baru.. huhuhu…haru..

Tapi nak buat apa sedih lama-lama.. baik OYM mahupun OYD kenalah mengharungi hidup masing-masing.. janganlah si OYM nak ajak OYD ‘return’ semula.. kalau OYD solo lagi tak apa. Tapi kalau dah ada yang baru, biarlah mereka dengan kehidupan baru mereka.. redhalah.. kita tak akan dapat semua yang kita inginkan dalam hidup.. kalau kita dah dapat semuanya di dunia ni.. maka tak perlulah kita mencari syurga.. :-)

Jadi bagaimana caranya untuk mengubati hati yang lara?

  • -         Menangislah sepuasnya.. tapi janganlah ditangisi lama-lama..Bimbang nanti mendatangkan mudarat pula ya..

jom tengok abang-abang ni kalau sedih..huhuhhahha...
  • -         Jumpa rakan-rakan.. pergi tengok wayang (jangan tengok cerita cinta-cinta), shopping (kalau ada duit), makanlah makanan yang sedap-sedap macam kek coklat, cheese cake, steam boat (elakkan yang terlalu masin sebab takut nanti bertambah stress..)

Makan kek terutama kek coklat untuk mengatasi rasa sedih..Nyum nyum..sedapnya choc indulgence ni..
  • -         Pergi salon.. cuba potongan rambut gaya baru, buat ‘facial’, buat ‘threading’untuk menaikkan semula seri wajah. Mandi susu dan ‘scrub’ badan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati..dijamin berseri-seri..

Hmm..seronoknya dapat berenang di pantai yang jernih macam ni...
  • -         Beriadah.. bersenam baik untuk menghilangkan stress, sebaiknya pergilah ke tempat-tempat rekreasi yang terbuka agar dapat menghirup udara segar dan pemandangan yang indah (untung-untung dapat cuci mata..hehe). Berenang juga baik untuk menenangkan jiwa yang tidak tenang.

  • -         Pergilah bercuti.. sebaiknya jangan bersendirian.. ajaklah teman-teman, jangan lupa bawa kamera ya..

  • -         Berdoa banyak-banyak pada Tuhan supaya hati kita redha dan ditemukan dengan seseorang yang lebih baik.. Jangan bimbang, kalau kita mati semasa bujang didunia ini, Tuhan akan nikahkan kita dengan bidadara/bidadari syurga.. Woww!!

Cubalah untuk berfikiran positif.. Buat apa nak ditangisi kenangan lepas.. lebih-lebih lagi kalau kita ditinggalkan kerana orang ketiga.. tak berbaloi.. lagipun kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum.. yang penting kena tanamkan dalam kepala dia pergi kerana dia bukan jodoh kita..

Semua orang mengimpikan kebahagiaan.. dan semua makhluk berhak untuk menikmatinya..


Love this pic!


Tuesday 1 January 2013

Tahun Baru...Tahun Baru.. 2013..


Wah.. Dah masuk tahun baru dah.. Johor memang tak cuti. Hmm.. tak kisahlah Johor cuti ke tidak sebab aku memang sedang bercuti haha..cuti yang aku sendiri tak tahu sampai bila..

Mengenang kembali tahun 2012..
Cerita lama buat apa dikenang..cerita tak seronok memang tak nak dikenang.. cerita 2012 aku memang tak seronok.. berhenti kerja, berniaga tak jadi.. kawan aku si Mary pernah cakap tahun naga air memang tak ada ong untuk orang yang lahir pada tahun anjing. Aku dan Mary sama-sama lahir pada tahun anjing.  Itu kepercayaan dia.. bagi aku itu cuma kebetulan saja. Kita yang beragama Islam tak bolehlah terpengaruh dengan ramalan-ramalan macam tu.. 
Yang penting, kena sentiasa optimis untuk menjalani kehidupan yang akan datang. 


Bosannya..
Rasa bosan pulak duduk rumah..Eh, duduk rumah tak bosan..cuba kalau duduk rumah dapat duit..kan seronok.. Jadi sebenarnya aku ni teringin juga nak cuba buat kerja dari rumah.
Dalam kepala otak ni kalau sebut kerja dari rumah yang terlintas ialah:

  • Jual barang online – nak jual apa? Modal nak dapat macamana? Jadi agen dropship?

  •  Buat nasi lemak bungkus – hah…yang ni aku dah ‘advertise’ kat Mudah.my semalam.. Setakat ni baru dapat 1 sms je yang tanya aku tinggal area mana. Tapi lepas tu senyap je.. agaknya tempat aku jauh sangat kalau dia nak order.

  •  Jahit baju, jahit manik, etc.. – hah..yang ni aku fail. Memang tak tau..kena pergi belajar..

  • Jual Durian Crepe, pavlova, cake in jar, etc..– Hahaha…. Try buat lepas tu post kat FB. Ok jugak, cuma kena bermodal beli barang-barang.. Minat masak-masak tu dah ada, cuma kekangan peralatan dan bahan masak aje.. ceh, banyaknya alasan kannnn…..

  • Jaga anak orang- Hmmmm… aku tak berapa nak yakinlah dengan idea ni..

  • Perkhidmatan menggosok baju – huargh..huargh..huargh.. aku memang malas nak ‘iron’ baju… jadi aku yakin, kemalasan ‘type’ ni bukan aku aje yang menghidapinya. Kedai dobi charge RM1 untuk upah gosok baju yang biasa-biasa. Kalau ada ‘steam iron’ yang macam kat shopping complex tu memang senanglah..sangkut je baju kat tiang lepas tu start menggosok. Tak sampai 2 minit, dah siap sehelai baju..

  • Cikgu tuisyen – Hmmm…. Macam yakin tak yakin je.. kalau ada sillibus dan sedikit tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman mungkin boleh..

·      Lagi? Lagi??? Belum ada apa-apa idea lagi… sesiapa yang sudi untuk beri idea sangatlah dialu-alukan.. 

Tu je la yang ada dalam fikiran aku kalau nak buat kerja dari rumah. Sejak tak bekerja makan gaji ni, aku jarang keluar rumah. Jarang jumpa kawan-kawan, kurang gossip-gosip dan kurang juga bertukar-tukar fikiran. Kadang-kadang terasa juga macam fikiran tak berkembang walaupun hari-hari menghadap internet ni.. 

Rendah Diri
Sejak tak bekerja ni, aku jarang nak melawa-lawa.. mekap pun dah malas.. pakai baju pun balik-balik yang itu aje. Yelah, penganggur tak kerja mana ada duit.. tak ada duit macamana nak beli baju baru.. pakai aje la apa yang ada.

Bila tengok kasut-kasut bertumit kat dalam almari rasa teringin nak pakai.. tapi nak pakai pergi mana? 

Nak ‘chatting’ dengan kawan-kawan kat FB pun rasa malas sebab nanti antara soalan yang ditanya “Ko kerja mana sekarang?” Nak jawab tak kerja malu.. macam ‘loser’. Tak kurang juga ada kawan-kawan yang menzahirkan rasa belas kasihan.. Kalau nak ‘recommend’ aku kerja tak apa juga. Tapi ye la aku faham, dia orang pun cuma kerja makan gaji juga..Jadi lebih baik aku ‘invisible’ kan diri aku.

Hutang
Hmm.. yang ini memang ada membuatkan aku sedikit resah. Dan inilah juga motivasinya kenapa aku kena juga bekerja untuk mendapatkan sejumlah duit buat melangsaikan hutang-hutang duniawi ni.. 

Aku kena bayar hutang kereta, pinjaman peribadi dan juga PTPTN. Hutang dengan mak aku, kakak aku, adik aku, kekasih aku pun tak berbayar lagi.. Tapi mak aku cakap, tak payah pening-pening nak bayar duit dia. Cari kerja dan selesaikan bayar kereta dan loan-loan tu. Sedih aku dengar… Sabar ye mak, kakak, adik, kekasih.. suatu hari nanti aku mesti balas juga budi baik kalian semua..walaupun kalian tak minta aku pulangkan, tapi Insya Allah, aku mesti pulangkan semula sebelum aku tutup mata..