Sunday, 30 December 2012

Pertama Kalinya..

Gambar Hiasan tidak ada kena-mengena dengan entry!



Berjaya!!
Terima kasih kepada Encik Kepol kerana membantu dalam proses pembikinan blog akulahpenganggur ni. Sebelum ni tak pernah terlintas pun nak berblog2 bagai ni.. tapi disebabkan banyak sangat masa yang terluang maka terhasillah blog ini pada hari ini.
Tujuan aku berblog : tak ada tujuan pun..macam yang disebut tadi, sebab banyak sangat masa yang terluang kerana buat masa ni aku 'menganggur'...huhuhu... jadi mungkin isi kandungan blog ni berkisar tentang hari2 aku sebagai seorang penganggur.

Kenapa 'Mencari Syurga'? 
Aku hanya insan biasa yang sering melakukan dosa. Aku cuma ingin menjadi lebih baik. Kurang berbuat dosa, berfikir dengan lebih positif dan berbuat baik dengan semua makhluk.

Hidup ini terlalu singkat. Dunia ini hanya sementara. Bagi Aku kehidupan ini harus dilalui dengan rasa gembira, bersama dengan insan-insan yang Aku sayang. 

Balasan Syurga atau Neraka adalah ketentuan Tuhanku berdasarkan apa yang aku lakukan di dunia ini.Tetapi tidak ada siapa yang ingin menghumban diri dengan rela menjadi penduduk tetap Neraka. :-)

"Menurut agama Islam, syurga atau jannah adalah tempat anugerah pada manusia yang telah berbuat baik dan mengikut perintah Allah dan mereka diletak di kebun luas di mana mereka semua hidup dalam kesenangan dan kemewahan." - Sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Syurga.

 
 





No comments:

Post a Comment