Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru...Tahun Baru.. 2013..


Wah.. Dah masuk tahun baru dah.. Johor memang tak cuti. Hmm.. tak kisahlah Johor cuti ke tidak sebab aku memang sedang bercuti haha..cuti yang aku sendiri tak tahu sampai bila..

Mengenang kembali tahun 2012..
Cerita lama buat apa dikenang..cerita tak seronok memang tak nak dikenang.. cerita 2012 aku memang tak seronok.. berhenti kerja, berniaga tak jadi.. kawan aku si Mary pernah cakap tahun naga air memang tak ada ong untuk orang yang lahir pada tahun anjing. Aku dan Mary sama-sama lahir pada tahun anjing.  Itu kepercayaan dia.. bagi aku itu cuma kebetulan saja. Kita yang beragama Islam tak bolehlah terpengaruh dengan ramalan-ramalan macam tu.. 
Yang penting, kena sentiasa optimis untuk menjalani kehidupan yang akan datang. 


Bosannya..
Rasa bosan pulak duduk rumah..Eh, duduk rumah tak bosan..cuba kalau duduk rumah dapat duit..kan seronok.. Jadi sebenarnya aku ni teringin juga nak cuba buat kerja dari rumah.
Dalam kepala otak ni kalau sebut kerja dari rumah yang terlintas ialah:

  • Jual barang online – nak jual apa? Modal nak dapat macamana? Jadi agen dropship?

  •  Buat nasi lemak bungkus – hah…yang ni aku dah ‘advertise’ kat Mudah.my semalam.. Setakat ni baru dapat 1 sms je yang tanya aku tinggal area mana. Tapi lepas tu senyap je.. agaknya tempat aku jauh sangat kalau dia nak order.

  •  Jahit baju, jahit manik, etc.. – hah..yang ni aku fail. Memang tak tau..kena pergi belajar..

  • Jual Durian Crepe, pavlova, cake in jar, etc..– Hahaha…. Try buat lepas tu post kat FB. Ok jugak, cuma kena bermodal beli barang-barang.. Minat masak-masak tu dah ada, cuma kekangan peralatan dan bahan masak aje.. ceh, banyaknya alasan kannnn…..

  • Jaga anak orang- Hmmmm… aku tak berapa nak yakinlah dengan idea ni..

  • Perkhidmatan menggosok baju – huargh..huargh..huargh.. aku memang malas nak ‘iron’ baju… jadi aku yakin, kemalasan ‘type’ ni bukan aku aje yang menghidapinya. Kedai dobi charge RM1 untuk upah gosok baju yang biasa-biasa. Kalau ada ‘steam iron’ yang macam kat shopping complex tu memang senanglah..sangkut je baju kat tiang lepas tu start menggosok. Tak sampai 2 minit, dah siap sehelai baju..

  • Cikgu tuisyen – Hmmm…. Macam yakin tak yakin je.. kalau ada sillibus dan sedikit tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman mungkin boleh..

·      Lagi? Lagi??? Belum ada apa-apa idea lagi… sesiapa yang sudi untuk beri idea sangatlah dialu-alukan.. 

Tu je la yang ada dalam fikiran aku kalau nak buat kerja dari rumah. Sejak tak bekerja makan gaji ni, aku jarang keluar rumah. Jarang jumpa kawan-kawan, kurang gossip-gosip dan kurang juga bertukar-tukar fikiran. Kadang-kadang terasa juga macam fikiran tak berkembang walaupun hari-hari menghadap internet ni.. 

Rendah Diri
Sejak tak bekerja ni, aku jarang nak melawa-lawa.. mekap pun dah malas.. pakai baju pun balik-balik yang itu aje. Yelah, penganggur tak kerja mana ada duit.. tak ada duit macamana nak beli baju baru.. pakai aje la apa yang ada.

Bila tengok kasut-kasut bertumit kat dalam almari rasa teringin nak pakai.. tapi nak pakai pergi mana? 

Nak ‘chatting’ dengan kawan-kawan kat FB pun rasa malas sebab nanti antara soalan yang ditanya “Ko kerja mana sekarang?” Nak jawab tak kerja malu.. macam ‘loser’. Tak kurang juga ada kawan-kawan yang menzahirkan rasa belas kasihan.. Kalau nak ‘recommend’ aku kerja tak apa juga. Tapi ye la aku faham, dia orang pun cuma kerja makan gaji juga..Jadi lebih baik aku ‘invisible’ kan diri aku.

Hutang
Hmm.. yang ini memang ada membuatkan aku sedikit resah. Dan inilah juga motivasinya kenapa aku kena juga bekerja untuk mendapatkan sejumlah duit buat melangsaikan hutang-hutang duniawi ni.. 

Aku kena bayar hutang kereta, pinjaman peribadi dan juga PTPTN. Hutang dengan mak aku, kakak aku, adik aku, kekasih aku pun tak berbayar lagi.. Tapi mak aku cakap, tak payah pening-pening nak bayar duit dia. Cari kerja dan selesaikan bayar kereta dan loan-loan tu. Sedih aku dengar… Sabar ye mak, kakak, adik, kekasih.. suatu hari nanti aku mesti balas juga budi baik kalian semua..walaupun kalian tak minta aku pulangkan, tapi Insya Allah, aku mesti pulangkan semula sebelum aku tutup mata..

2 comments:

  1. H A P P Y N E W Y E A R ! ! !

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih ye Encik Mosaza...
    buat susah-susah je komen kat sini..huhuhhahahha...

    ReplyDelete