Siapa
pernah putus cinta?
Hari ni tak mahu cakap pasal kerja. Tapi nak cakap tentang cinta
yang tak kesampaian..
Sedihnya…ceh.. belum ‘type’ apa-apa lagi dah sedih.. Biasanya diantara orang yang meninggalkan dengan orang yang ditinggalkan siapa
lagi sedih? Hmm..mestilah orang yang kena tinggal kann..
Tapi rasanya orang yang meninggalkan (OYM) akan berasa lebih
sedih jika apa yang diharapkan tak menjadi.. Kiranya macam yang dikejar tak
dapat, yang dikendong keciciran.. pulak tu bertambah sedih lagi jika orang yang
ditinggalkan (OYD) dah menemui pengganti baru.. huhuhu…haru..
Tapi nak buat apa sedih lama-lama.. baik OYM mahupun OYD kenalah
mengharungi hidup masing-masing.. janganlah si OYM nak ajak OYD ‘return’ semula..
kalau OYD solo lagi tak apa. Tapi kalau dah ada yang baru, biarlah mereka
dengan kehidupan baru mereka.. redhalah.. kita tak akan dapat semua yang kita
inginkan dalam hidup.. kalau kita dah dapat semuanya di dunia ni.. maka tak
perlulah kita mencari syurga.. :-)
Jadi
bagaimana caranya untuk mengubati hati yang lara?
- - Menangislah sepuasnya.. tapi janganlah ditangisi lama-lama..Bimbang nanti mendatangkan mudarat pula ya..
jom tengok abang-abang ni kalau sedih..huhuhhahha... |
- - Jumpa rakan-rakan.. pergi tengok wayang (jangan tengok cerita cinta-cinta), shopping (kalau ada duit), makanlah makanan yang sedap-sedap macam kek coklat, cheese cake, steam boat (elakkan yang terlalu masin sebab takut nanti bertambah stress..)
Makan kek terutama kek coklat untuk mengatasi rasa sedih..Nyum nyum..sedapnya choc indulgence ni.. |
- - Pergi salon.. cuba potongan rambut gaya baru, buat ‘facial’, buat ‘threading’untuk menaikkan semula seri wajah. Mandi susu dan ‘scrub’ badan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati..dijamin berseri-seri..
Hmm..seronoknya dapat berenang di pantai yang jernih macam ni... |
- - Beriadah.. bersenam baik untuk menghilangkan stress, sebaiknya pergilah ke tempat-tempat rekreasi yang terbuka agar dapat menghirup udara segar dan pemandangan yang indah (untung-untung dapat cuci mata..hehe). Berenang juga baik untuk menenangkan jiwa yang tidak tenang.
- - Pergilah bercuti.. sebaiknya jangan bersendirian.. ajaklah teman-teman, jangan lupa bawa kamera ya..
- - Berdoa banyak-banyak pada Tuhan supaya hati kita redha dan ditemukan dengan seseorang yang lebih baik.. Jangan bimbang, kalau kita mati semasa bujang didunia ini, Tuhan akan nikahkan kita dengan bidadara/bidadari syurga.. Woww!!
Cubalah untuk berfikiran positif.. Buat apa nak ditangisi
kenangan lepas.. lebih-lebih lagi kalau kita ditinggalkan kerana orang ketiga..
tak berbaloi.. lagipun kumbang bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum.. yang
penting kena tanamkan dalam kepala dia pergi kerana dia bukan jodoh kita..
oii.. cantik gambo.. hahahaha
ReplyDeletehahhahha..baru baca komen...
ReplyDelete