![]() | |
| Alolololo...kalau comel macam ni, nak marah pun tak sampai hati.. |
Wednesday, 9 January 2013
Memaaf dan Melupakan..
Thursday, 3 January 2013
Cerita Cinta lah pulak....Dushh!!
- - Menangislah sepuasnya.. tapi janganlah ditangisi lama-lama..Bimbang nanti mendatangkan mudarat pula ya..
![]() |
| jom tengok abang-abang ni kalau sedih..huhuhhahha... |
- - Jumpa rakan-rakan.. pergi tengok wayang (jangan tengok cerita cinta-cinta), shopping (kalau ada duit), makanlah makanan yang sedap-sedap macam kek coklat, cheese cake, steam boat (elakkan yang terlalu masin sebab takut nanti bertambah stress..)
![]() | |
| Makan kek terutama kek coklat untuk mengatasi rasa sedih..Nyum nyum..sedapnya choc indulgence ni.. |
- - Pergi salon.. cuba potongan rambut gaya baru, buat ‘facial’, buat ‘threading’untuk menaikkan semula seri wajah. Mandi susu dan ‘scrub’ badan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati..dijamin berseri-seri..
![]() |
| Hmm..seronoknya dapat berenang di pantai yang jernih macam ni... |
- - Beriadah.. bersenam baik untuk menghilangkan stress, sebaiknya pergilah ke tempat-tempat rekreasi yang terbuka agar dapat menghirup udara segar dan pemandangan yang indah (untung-untung dapat cuci mata..hehe). Berenang juga baik untuk menenangkan jiwa yang tidak tenang.
- - Pergilah bercuti.. sebaiknya jangan bersendirian.. ajaklah teman-teman, jangan lupa bawa kamera ya..
- - Berdoa banyak-banyak pada Tuhan supaya hati kita redha dan ditemukan dengan seseorang yang lebih baik.. Jangan bimbang, kalau kita mati semasa bujang didunia ini, Tuhan akan nikahkan kita dengan bidadara/bidadari syurga.. Woww!!
Tuesday, 1 January 2013
Tahun Baru...Tahun Baru.. 2013..
- Jual barang online – nak jual apa? Modal nak dapat macamana? Jadi agen dropship?
- Buat nasi lemak bungkus – hah…yang ni aku dah ‘advertise’ kat Mudah.my semalam.. Setakat ni baru dapat 1 sms je yang tanya aku tinggal area mana. Tapi lepas tu senyap je.. agaknya tempat aku jauh sangat kalau dia nak order.
- Jahit baju, jahit manik, etc.. – hah..yang ni aku fail. Memang tak tau..kena pergi belajar..
- Jual Durian Crepe, pavlova, cake in jar, etc..– Hahaha…. Try buat lepas tu post kat FB. Ok jugak, cuma kena bermodal beli barang-barang.. Minat masak-masak tu dah ada, cuma kekangan peralatan dan bahan masak aje.. ceh, banyaknya alasan kannnn…..
- Jaga anak orang- Hmmmm… aku tak berapa nak yakinlah dengan idea ni..
- Perkhidmatan menggosok baju – huargh..huargh..huargh.. aku memang malas nak ‘iron’ baju… jadi aku yakin, kemalasan ‘type’ ni bukan aku aje yang menghidapinya. Kedai dobi charge RM1 untuk upah gosok baju yang biasa-biasa. Kalau ada ‘steam iron’ yang macam kat shopping complex tu memang senanglah..sangkut je baju kat tiang lepas tu start menggosok. Tak sampai 2 minit, dah siap sehelai baju..
- Cikgu tuisyen – Hmmm…. Macam yakin tak yakin je.. kalau ada sillibus dan sedikit tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman mungkin boleh..
Sunday, 30 December 2012
Nak Kerja Apa?
Masuk kali ni dah 2 kali aku berhenti kerja. Sekarang tengah mencari kerja yang sesuai dengan jiwa..maksud yang lain, aku nak kerja yang aku suka buat..hahaha…ketawa pulak.. tak kerja pun nak ketawa..kenapa? Tak kerja tak boleh ketawa ke??
Alhamdullillah aku masih mampu ketawa, berlari, makan nasi walaupun RM tak seberapa. Tapi tu la..yang tak seronoknya sebab tak dapat nak beli apa yang dikehendaki macam waktu aku bekerja dulu.. Eh, janganlah cakap aku menyesal berhenti kerja. Aku berhenti bukan suka-suka..nantilah kalau aku ada mood, aku ceritakan kenapa aku berhenti..
Kesal? Perkataan kesal memang suatu pantang untuk orang macam aku ni. Aku egois? Bukan.. tapi buat apa kita nak kenang hal lama?
Pernah juga terlintas kat kepala ni, kalau bosan sangat makan gaji yang tak seberapa tu, baik meniaga aje.. Nak niaga apa? Modal macamana? Ada sesiapa yang sudi nak menyuntik modal? Dulu aku pernah berniaga, tapi ada masalah dengan perniagaan tu. Secara jujur, memanglah seronok kalau berniaga ni..duit dapat tunai setiap hari, dengan berniaga aku belajar untuk mengurus, berjimat cermat, menghargai dan mensyukuri setiap sen yang diperolehi. Bukan senang nak berniaga cik kiah oii… nak kena tahan dugaan, cabaran..tidur lewat, bangun awal (masa tu masih bekerja makan gaji, berniaga jual baju dari jam 7 malam hingga 2 pagi!!)
Pertama Kalinya..
| Gambar Hiasan tidak ada kena-mengena dengan entry! |
Hidup ini terlalu singkat. Dunia ini hanya sementara. Bagi Aku kehidupan ini harus dilalui dengan rasa gembira, bersama dengan insan-insan yang Aku sayang.






